Novel Arwah Yasmin Johan Hunwick

Alhamdulillah..=)


Akhirnya novel yang aku nanti2kan telah berada dalam genggamanku..
Novel yang berkisar tentang kehidupan Arwah Yasmin Johan Hunwick dan kisah sebenar di sebalik kematian Arwah yang telah meninggalkan kesan mendalam di hati ramai orang. Sesungguhnya kematian itu tidak mengenal usia.

Aku tak pernah pon mengenali Arwah Yasmin semasa hayatnya. Aku dapat taw pon bila aku terbaca kisah Arwah di facebook mengenai kematian Arwah dan blog Arwah yang kini diteruskan oleh mama Arwah, Puan Sazlina. Sejak tu, aku terus tertarik untuk mengetahui kisah sebenar Arwah Yasmin. Kisah seorang remaja  17 tahun kacukan Melayu-Inggeris yang pada aku berperwatakkan menarik (apabila baca blog Arwah), namun Allah Taala lebih menyayanginya. Arwah pergi pada usia yang masih muda. Oleh sebab itu, bile aku baca blog Syimir Yunusi ni, aku terus berminat nak beli..Kira aku ni lambat jugak la tahu pasal dia ada buat novel tribute untuk Arwah Yasmin ni. 

Lalu dengan pantasnya aku order kat dia. Aku order bulan 12 kot, bulan 3 baru aku bayar (masa ni belum sampai due date lagi). Almaklumlah, aku ni student, tunggu duit PT je la.. Serba salah jugak, rasa macam aku ni orang yang paling lambat je. Tapi rupe2nya, banyak sangat masalah yang timbul, semuanya gara-gara penempah novel tak bayar2 duit. Sampai tertangguh proses novel ni. Bukan apa, kalau rasa diri sendiri bakal menyusahkan orang lain, tak payah order. Ni aku tengok kesian penulis novel, dah la semua buat sendiri. Bile yang lambat tu dah bayar, boleh pulak tak sabar2 nak novel masing2..Sabar jela ngn orang macam ni. -_-

Akhirnya, awal bulan 7 aritu, aku kol mak aku. Mak aku kate "ni ha ada dapat bungkusan dari penang". Dalam hati aku, 'Eh, da dpt ke novel?". Aku pon tanya mak aku, "mak, novel kan?". Mak aku jawab, " ni novel pasal Arwah yang meninggal kua surat khabar tu, pasal blog tu kn?". Dalam hati aku, tau jugak mak pasal ni. huhu. Tapi tyme tu aku kat u lagi, so tak dapat la nak baca. hukhuk.

Hehe..Semalam aku dah pon khatamkan novel ni. Petang tadi aku dah dengar alunan piano dari Arwah yang aku dapat dalam bentuk cd as a reward dari Uncle Johan & Auntie Saz terhadap 200 pembeli novel yang terawal. Wow! aku tak sangka aku tergolong dalam 200 orang tu. Terima kasih Uncle & Auntie. =) Arwah Yasmin memang berbakat besar kot. Memang best! Terima kasih jugak kat penulis novel, sebab berusaha keras untuk menyiapkan novel ni. Apa yang bestnya pasal novel ni adalah, kita membeli sambil beramal. huhu. Sebahagian duit hasil jualan novel ni akan disedekahkan ke tabung Palestine dan juga digunakan untuk membeli Al-Quran sebagai wakaf  atas nama Arwah Yasmin. Alhamdulillah. 

Bagi aku, hati aku tersentuh jugak, bergenang air mata baca novel ni :(
(even aku ni bukan peminat tegar novel). Syabas kat penulis novel walaupon ni kali pertama dia menulis novel. Yang penting adalah mesej yang ingin disampaikan tu. Kisah sebenar hidup Arwah Yasmin Johan Hunwick. 

Bagi yang betul2 berminat mungkin boleh lagi menempah novel ni. Sila like Novel Yasmin J Hunwick.





~End Of My Sweet Story~

No comments:

Copyright© All Rights Reserved nurulsuryana.blogspot.com