Segmen TeamFollowback Tanpa Blogwalking by FafaKyraa

KLIK BANNER UNTUK JOIN!

Blog ID : 7100878022531788648
Jumlah Followers Sekarang : 110
Target : Bergantung pada rezeki. mihmih ^^
 (>200 maybe?)




p/s: As usuall, aku akan join segmen2 ni kalau tibe2 datang rasa eksaited tu. 
Tengok banner pon comel! hehe. Singgah blog cik adik Fafa ni laaaagggiiii comel. =)



~End Of My Sweet Story~

My follower yang ke-100!!


Taaaraaa..


Hehehe. lptp hang, da miss nk
amek Members (100). =p

Singgah la blog cik Rynn (tekan pic atas).
Cik Rynn ni da ramai da follower dia. heee. Blog pon comey.


Wohoo. Da cecah 100 da. Ada jugak yang sudi follow blog kite. hehe. Berkat kerajinan berblogwalking pagi2 buta. hahahhaa. Dulu kemain nak sorok blog, ni excited lebih plak. kuikui. Sekarang dah lame gak tak jalan2, ada pon just singgah and baca entri2 follower2 yang sedia ada je. Ok la tu kan, sebab tengah study week ni. 26hb da start final exam. Banyak lagi nak kena stadi, huh. 
Anyway, Thanks to all of my followers!!!
Ok then, adios~



p/s: kepada cik nadiya, zai, zuhaida ayda. Sila tinggalkan link blog anda ye, so that i can follow you all back =) 



~End Of My Sweet Story~

Segmen Doodle Comel By Fizgraphic


 Nickname: Suryana
Baju Doodle: #F7819F (Pink)
Tudung Doodle: #81DAF5 (Turquoise)

Anda diTag: Jiha's Words & Myss Ammi



~End Of My Sweet Story~

Terkenang Arwah Wan

Malam tadi, err actually pagi sebab da pukul 3.30 da time tu. Sebelum aku tido, aku p godek2 beg tempat aku simpan barang2 pekasam aku selama dua tahun ni. Sebabnye aku nak cari ubat sapu. Ubat sapu ni aku simpan lagi sejak aku kena chicken pox tahun lepas. So, sedang aku menggodek2 tu, aku terjumpa la bekas pensel ni. Sebenarnye ni hadiah dari ustazah aku mase darjah 6. Aku ingat lagi, aku dapat markah paling tinngi untuk subjek ape ntah, feqah kalau tak silap. hehe. So dapat la hadiah ni. Dalam tu sebenarnya aku simpan macam2 la, benda mase time kanak2, budak pmpuan memang suka bende2 ni. hihi. Aku simpan rantai silver yang beli kt kedai bape belas hingget ntah. Mak aku yang bayar. hakhak. Macam2 la dalam tu.

Tiba2 mataku terpaku. eceh. terpaku sangat. Aku ternampak rantai pemberian Wan (belah mak) dan Arwah wan (belah abah) aku dulu. Wan is grandma..Pergh..Suddenly je jiwa aku sentap. Sebelum ni aku simpan je dalam bekas pensel tu. tak penah pon aku terpikir nak pakai. Sayu plak bila pandang, sebab teringat kat Arwah. =') Arwah meninggal dunia sebab sakit tua awal tahun ni. Rantai ni  Arwah beli masa kt Mekah, masa Arwah buat umrah dulu. Aku rasa time tu aku sekolah rendah. Memang kecik lagi time tu. Alhamdulillah.. Rantai ni masih lagi dalam simpanan aku. Sekarang start arini, aku da pakai da rantai ni. Sayang plak, kenapa la dari dulu aku tak pakai. Tak pernah pon pakai depan Arwah. Sebelum Arwah wan meninggal, lama jugak Arwah sakit lupa. Sape pon Arwah tak kenal. Bila pikir balik, tak banyak pon jasa aku kat Arwah wan. Tapi sekarang wan dah takde, dah pergi untuk selamanya. Hanya doa yang mengiringinya. Semoga rohnya ditempatkan dalam golongan orang yang beriman. Aamin.. :')


Rantai Mekah dari Wan belah mak..Gambar gune
 Apps Camera360 dreamlike. Tu pasal la cantik ckit..huhu..

Rantai Mekah dari Arwah Wan belah abah..
Rantai ni yang aku pakai sekarang..
(tak boleh uplod gambar yg cantik cam atas)uhuk.


*sebaktymetyping*




~End Of My Sweet Story~

Retis Satu Saat?



Hahahaha. Belum cite pape aku da gelak dulu. heee. 
Meh2, aku nak cita. Tiap2 tahun aku ngan ahli2 PSSCM UiTM Shah Alam (USA) yang lain akan ditugaskan jaga bahagian pendaftaran bagi event Istiadat Konvokesyen PSSCM. Kali ni, event ni agak besar jugak, sebab lepas je konvokesyen pagi sampai tgah hari tu, ada Mesyuarat Perwakilan dan pada belah  malamnya, ada Makan Malam Sempena Perayaan 48 Tahun PSSCM. Jadi TV3 memang ade datang pagi tu untuk buat liputan. Yang tak boleh blah tu, apasal la aku boleh tak perasan sebesar2 kamera dengan orang die sekali berdiri kat depan aku tuh?? Siap muka berkerut2..haha.. Nasib la bile aku tengok video tu balik, sat je pon. Sesaat je kot muka aku masuk tibi. hakhak. Member2 aku mula la, kalau da kua tibi tu, start la dorg panggil retis. Haaa, amek kaw..retis satu saat.. =p

AJK Pendaftaran bersama penyelia PSSCM USA

Sempat la jumpa sat =)






~End Of My Sweet Story~

FB Deactivated!

Deactivate my facebook account! PUAS HATI AKU..
hahhhahahhaahhahaah..




Dengan hati yang penuh kekentalan aku tekan button confirm tuh!
Tapi satu hari nanti aku activate balik, tunggu hati sejuk.. -.-




~End Of My Sweet Story~

Oh Praktikal..

Haaaiiihhhh..Baru la dapat jari jemari aku ni nak menari2 atas keyboard ni..
Sebelum ni menari2 jugak, tapi atas kertas putih jela.
 Siapkan projek sume! hhuhu.. Minggu ni pon full with
 presentation and project submisson. huuh..
 Just nak share yang 12.06.2013 yang
lepas adalah bithday mak aku yang
 ke-49 tahun..

Epy befday mak!  


Dan hari tu jugak lah berakhirnya penantian 
aku pasal tempat praktikal ni (Berkat befday mak, heeee).Tengah hari tu aku dapat fon call dari
Central Force International. Alaa, company ni la yang aku p teman kawan aku,syida
 g interview awal bulan 5 aritu, dengan aku2 pon die interview jugak tu.
Dipendekkan cerita, aku dapat untuk intern kat situ. Ni jela pon satu-satunya
company yang aku dapat, lain haram nak reply. KPT je yang
 memang ikut prosedure bagi surat jawapan yang 'terpaksa' menolak aku.
ceit. Ada jugak la company yang aku mohon dah takde kuota..huhu..
sedeh! menanti dengan penuh kesabaran,akhirnya
 aku dapat la jugak. Research company plak tu..
Memang bidang aku..

Walaupon lebih ramai kaum cina kat company tu, tapi memang related la
dengan apa yang aku belajar, daripada aku intern kat company
yang tak dak kaitan langsung kan. Cume, yang macam tak bape nak
 best, aku je sorang yang intern kat situ. Tak dak member
 lain. Kalau member aku ada, at least ada la peneman. haha.
alasan! sebenanye aku tak taw nak dok mane. Sb dulu, mase mule2
apply tmpat ni, aku ngn Syida plan nak tinggal kt umah sedare die.
Tapi apakan daya. hajat tak kesampaian. uhukk.

Same ade nak ulang alik dari S.alam or sewa area sane. Jauh jugak
 kot. Nak ulang alik naik LRT mau dua jam bru sampai opis
tu..Aku pon tak bincang ngn parents aku lagi. adoi.
Pening larhh.. tula, betol kata member aku,
tak dapat bising, dah dapat pon bising..
adeeehhh =p

Central Force International: The Research Fieldwork Specialist





~End Of My Sweet Story~

Syaaban menjelma~

Salam Syaaban =)


kebizian melanda..

Projects..
Assignments..
Tests..
Presentations..
Event..
aaaaaaaaaaaaaaaaaaarrghh....!!!!


~End Of My Sweet Story~

Segmen Upkan Follower By Hana

Di malam hari,
Dah masuk pagi, 
Ku tak tidur lagiiiii..

Ewah! pantun tiga kerat..
Sudah! Dengan sengaja dan rajinnya aku join segmen ni..
sebab matching ngn kaler blog! 
wahahaahhahh..
Okbai~ Sok kuliah kul 8.30! =(



My Follower=25
Tag=Myss Ammi =)





~End Of My Sweet Story~

Untuk Bersama Ke SyurgaNya~

Wah..Lame gyler aku tak tulis diari..ececece..yela, blog ni aku pakai hentam je nak tulis apa pon. haha. Kata kisah hidupku kan..hehe. Setelah beberapa bulan menyepikan dan menyendirikan blog ini, akhirnya aku dah ada follower! KahKahKah. Bajet aku nak secret2 la dari member2. Last2, tangan aku ni ha sendiri gatal meninggalkan jejak di shoutbox blogger lain dan memfollow mereka. heeee. Bukan apa, tetiba rasa segan pulak bila orang dah tau pasal blog kite. ngeeeeeee. Memang mula2 tak nak bagitahu sapa2. Tapi, ntah la, memang pelik akak ko ni ha. =D Banyak sebenanya nak cita, sampai dah lupa apa nak type. hehe. 

Ok da ingat..Aku just nak share something. Untuk peringatan kepada diri sendiri jugak. Bukak fb pagi tadi, ternampak status seorang kawan aku nih.



Ok, jelas di sini aku nak cita pasal kahwin. =) Topik yang paling aku dengan classmateku suka sangat dok borak, lagi2 bila dah degree ni. Dulu diploma diam, senyap je. haha. Sekarang pantang sebot, semua laju je masing2.. Biasa la umor2 macam ni memang dah patut kawen kan.hehe. Tapi yang tak bestnya masih ramai lagi yang yang ada persepsi buruk terhadap anak-anak muda yang bercinta sebelum berkahwin ni. 

Dulu aku pon dok heran, mak lang aku yakni adik mak aku, sebok dok tanya aku ni da ada pakwe belom? Asal aku cuti sem je, balik kampung, mule la dorg dok ngendeng2 tanya mak aku. Tyme tu aku diploma lagi kot. I muda taw tyme tu, i tak reti la ada pakwe2 ni. hehehe. Sebab apa tak reti? Sebab sejak sekolah lagi, aku mana penah kapel2 ni. Aku memang saja tak bukak hati aku kat sapa2. Peh. Ayat. haha. Tapi betol la, aku sendiri yang berkata2 di dalam hatiku, aku cakap pas SPM baru boleh ada pakwe. haha. Bajet nak tumpu stadi. hoho. Sebab bagi aku, susah la nak maintain kalau ko kapel dari sekolah. Kang masuk u jauh2, dia jumpa orang lain, ish2.. Ntah, sejak dulu aku memang tak setuju la kapel tyme sekolah. Cinta monyet je tu. Boleh je kekal sampai kawen, tapi tak ramai la yang bernasib baik cmtu. Tapi Tomok ngn Ayu maintain taw, da sorg anak,bagus2. Ni boleh wt contoh. Setia dari sekolah. Dipendekkan cerita, memang sampai aku part 5 diploma baru la aku mengenal erti cinta. Tahun 2010. cehh..ni bukan cerita novel k. hihi. Saja je nak bgtaw yang aku ni baru je kapel. Ok, abaikan.

Apa yang aku cuba sampaikan ni?? Tengok ni.


Aku tanya pakcik google pasal kapel ni, jadi ini first artikel yang pakcik google suh aku baca. CINTA SEBELUM KAHWIN ITU ADA. HALAL. ditulis oleh Saudara Hilal Asyraf Monumen. Artikel ni ada bgtahu, masyarakat Melayu lebih2 lagi yang dikategorikan berilmu, atau dalam bahasa senang, alim, mereka masih memandang negatif terhadap isu cinta sebelum kahwin. Bagi dorg jijik, kotor dan merosakkan. Aku tertarik dengan definisi cinta oleh penulis artikel ni, beliau memahami cinta sebagai 'untuk bersama ke syurgaNya. Apa2 sahaja yang membawa ke neraka Allah SWT,itu bukan cinta'. Di sini, penulis menegaskan bahawasanya definisi cinta tu sendiri telah disalah tafsirkan. Yang mana telah membuka jalan ke arah maksiat yang ditegah pada mulanya. Contoh seperti berikut:


Tapi jangan suka sangat, jangan ingat boleh suka2 je nak mintak kawen kat mak pak kita tu. Kena fikir jugak yang kita ni dah betol2 ready ke nak kahwin? Dah cukup ke duit untuk tampung kehidupan selepas berumah tangga tu? Pandai tak nanti nak melayan suami? Perut suami kena jaga..hekhek. Oleh itu, persiapkan diri dulu ye. hihihihi.. 

Lepas aku baca artikel ni, memang banyak sangat yang tak berpuas hati ngn penulis ni. Katanya beliau bukan ulama' dan penulisan ni adalah bersifat peribadi semata2, tidak dirujuk kepada ulama-ulama Islam. Penulisan seperti ini katanya boleh menambahkan lagi kekeliruan. Jadi, penulis ni pon mencadangkan semua baca artikel Dr.MAZA (Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin). APAKAH TERLARANG BERCINTA SEBELUM KAHWIN? Beliau kata penulisan beliau ni lebih kurang je macam penulisan Dr. Maza ni. Sebahagian artikel Dr. Maza:


Persoalannya, apa yang dilarang? Cinta antara laki dan perempuan itu sendiri tak dilarang. Dulu aku pikir gak apsal mak lang aku macam beriye sangat suh aku ada pakwe. Aku pikir mungkin nanti senang, boleh kenal hati budi, perangai dulu. Kalau tyme keje baru nak carik, lagi payah. Silap2 andartu terus kalu tak jumpa. Mak lang aku ni bertudung labuh, jadi dulu aku pelik la. Die ok je, sporting. Maknenya dia paham kan. Jadi bila baca dua2 artikel ni sendiri, baru korang akan paham dengan jelas. Bercinta sebelum kahwin itu tidak haram. Kalau aku explain dalam blog aku ni, mau tak abes nak kena skroll sampai ke bawah. So, Baca jangan tak baca! Erm, mak aku pon dulu2 tak la melarang, dan tak la memaksa. Ikut konsep go with the flow. heheh. Aku pon da set dalam minda sejak dulu, berkawan biar seribu, bercinta biar satu. Now, kedua2 belah pihak pon da kenal kami, Mak abah kami jela yang tak jumpa antara satu sama lain. Jauh kot. Utara ke Selatan tuuu. hehe. Tu kena tunggu semua settle dulu la,biar semua stabil dulu. huhu. Dan aku sentiasa berdoa dan tak putus harap agar hubungan ini berkekalan sampai Syurga. InsyaAllah. Aminn =) Doakan ye. 



~End Of My Sweet Story~

Yeye yeye! kite dapat adiah..







Yeay! Aku dapat hadiah! Dari 'Kak' Ehda Al-Najihah Binti Mahmud yang lahir sehari awal dari aku. heheheh.. Hadiah untuk dia memang da berkurun aku simpan, bila ntah nak bagi. Aiiiisshh. teruk2. hehe..tunggu erk ehda~ =) http://matcuoi.com





~End Of My Sweet Story~

Reunion Bekas Pelajar SKJB20~


Hi uols! haha. Semalam 1.06.2013 aku baru je menghadiri satu reunion bekas pelajar sekolah rendah aku. Reunion Bekas Pelajar Sekolah Kebangsaan Jeram Batu 20. Actually, kalau dikire2, reunion ni yang kali kelima. Tapi bezenye reunion yang dorg buat kali ni, lebih formal la. Buat pon kat kt tempat tertutup, i mean dalam bilik khas la. Yela, dulu aku ingt lagi first tyme reunion kitorang ni, buat kat KFC Kapar tu je ha. Aku gagahkan la jugak datang, dari Melaka kot. Tyme tu aku n family still dok kat Melaka. Yang second tyme plak buat kat rumah Bekas Guru Besar kitorang dulu, Haji Mahani. Anak dia pon kawan sebaya kitorang. Masa tu buat sekali ngn kenduri arwah kawan kitorang, Arwah Shah Nour Bin Mat Ani. Beliau kembali ke Rahmatullah kerana lemas masa mandi di pantai. Memang sangat terkejut la. Innalillahi wainnailaihi rajiun. Semoga roh beliau ditempatkan dalam golongan orang2 yang beriman. 

Reunion kali ketiga and keempat aku tak join. So ni kali ketiga la reunion yang aku join. Budak2 ni rajin jugak buat. Salu reunion pas puluh2 tahun baru buat, dorg ni boleh kate tiap2 tahun kot buat. ntah la, malas plak aku nak kire sejak bile dorg buat. haha. tak kesah la, tapi kali ni ade effort lebih ckit la. Tempat pon ok, bayaran pon ok. Rm30. Rasanya aku makan lebih sebab meja aku tak full pon,jadi yang ade kat situ jela yang balon lauk2 tu. Ok la tu. Alhamdulillah, kenyang x kenyang aku malam tu. Sampai aku tengah makan pon dorg snap gamba. Hampes. Cume macam tak best sebab aku tak sempat nak amek gambar kat sekolah. huhu. Takpe lah, nak gtaw outfit yang aku pakai tu, dari kepala sampai ke kaki sama dengan malam pra graduan tempoh hari. Tema merah. So, JIMAT! hohoho. Thanks a lot to Azie & Zahid coz amek & anta aku yang duduk kt Shah Alam ni. Thanks kt family Azie yang salu bg aku tumpang umah dorg kalau ade reunion. uhuk. :') So layan jela pic2 yang aku siap edit ni. Malas nak type panjang2. ngeeeee~






Aku pon dapat jumpa Cikgu Sarina setelah 11 tahun tak jumpa. Tak sangka woi, cikgu ingat aku lagi. Masuk2 bilik tu je, die pegi kat meja yang aku duduk. Terus point jari telunjuk dia kat aku, dia cakap, " Nurul Suryana, muka tak berubah!". Pergghhh.. Terkejut aku! Ingat cikgu da tak ingat kat aku, sekali dia boleh sebut nama sorg2 anak murid dia. Respek relax respon btol aku kat dia! Dah la muka cikgu pon tak berubah, maintain kot. Ingatan pon power. Memang hebak cikgu aku ni. Nak tambah lagi tacing, cikgu siap mention nama aku dalam speech dia. Wooho, malu saya taw cikgu. hikhik. Cikgu kata paling lama tak jumpa aku. langsung tak pernah lepas abes sekola rendah dulu. huhu. Terharuuu dia masih ingat. Cikgu pon kata kenangan yang paling tak pernah lupa masa 2002, paling ramai student dapat 5A. aku salah sorg drpd tu. kihkih.nk mention jgk..hoho. Terima kasih cikgu, tanpa cikgu kitorang tak kenal A,B,C sampai Z. =) 

Terimas Cikgu Sarina!!!


~End Of My Sweet Story~

Cala Qisya yang comel =)


Haa, ingat lagi tak aku pergi teman syida interview kt Central Force, Cheras. Dengan tak pasal2 aku pon di interview sekali. Cewah! Cara cakap macam aku ni ada beribu follower. kihkih. Takpe la perasan sekejap. Ok, alkisah nye nak cita la. Balik dari interview tu, kami ada ceramah finishing school yang wajib kami p. So abes je ceramah tu, budak2 ni nak g beli selendang untuk malam pra graduan kitorang tu. Jadi da alang2 ada kat pusat komersial seksyen 7 ni (memang ni jela pon syurga beli belah melainkan Dc Mall & JJ), they decided to go to Cala Qisya. Pergh, comel gyler kot butik ni. butik dia kat tingkat paling atas sekali, tingkat dua, so sepanjang ko menapak naik tangga tu, akan terlihatlah hasil seni yang comel kat sepanjang dinding tu. Bukan tu je, ada la hiasan2 comel dorg letak.



Kitorang da macam batak da kat situ, naik tangga sikit, "wah, comelnye!".. naik lagi tangga nak ke tingkat dua plak, ada satu ruangan, ada kerusi and macam signboard la kat situ. tu pon jerit gak. "ni pon comel, ni pon comel". haha. Bila da sampai atas depan pintu pon ada decoration gak. Dorg letak macam cabinet kecik dan ada la frame, kotak2 kecik, yang penting sumenye comel2 belaka. Gayat kitorang, especially aku la. hoho.


comel kan? kan? 

Kat tingkat 1..=)

Feeling2 naik atas mini pelamin erk? hiiii~

Ngan cik Erni...

"sesuai tak yg ni?" heeee..erni ngn k.syida.

Comey kan beg dia..geram aku!
.
.
.
.
.
.
.
depa pon nak bgambaq taw. hihi..

Tak banyak plak amek gambaq aritu. Tapi background gambaq tu korg boleh nampak kan? Decoration dalam tu sangat best. Therefore, kepada sapa yang tak penah pergi, sila lah pergi. Ataupon tgk website dia, boleh terus beli online. Hot stuff Cala Qisya ni, sampai kan kalo korg bukak website dia, mesti stok da abes punya. So adalah lebih baik pergi butik dia terus. Takyah berebut. =] Kalau tak puas tengok gamba dalam blog aku ni, silakan tengok kat entri Dena Bahrin ni k. =)






~End Of My Sweet Story~

Copyright© All Rights Reserved nurulsuryana.blogspot.com