Untuk Bersama Ke SyurgaNya~

Wah..Lame gyler aku tak tulis diari..ececece..yela, blog ni aku pakai hentam je nak tulis apa pon. haha. Kata kisah hidupku kan..hehe. Setelah beberapa bulan menyepikan dan menyendirikan blog ini, akhirnya aku dah ada follower! KahKahKah. Bajet aku nak secret2 la dari member2. Last2, tangan aku ni ha sendiri gatal meninggalkan jejak di shoutbox blogger lain dan memfollow mereka. heeee. Bukan apa, tetiba rasa segan pulak bila orang dah tau pasal blog kite. ngeeeeeee. Memang mula2 tak nak bagitahu sapa2. Tapi, ntah la, memang pelik akak ko ni ha. =D Banyak sebenanya nak cita, sampai dah lupa apa nak type. hehe. 

Ok da ingat..Aku just nak share something. Untuk peringatan kepada diri sendiri jugak. Bukak fb pagi tadi, ternampak status seorang kawan aku nih.



Ok, jelas di sini aku nak cita pasal kahwin. =) Topik yang paling aku dengan classmateku suka sangat dok borak, lagi2 bila dah degree ni. Dulu diploma diam, senyap je. haha. Sekarang pantang sebot, semua laju je masing2.. Biasa la umor2 macam ni memang dah patut kawen kan.hehe. Tapi yang tak bestnya masih ramai lagi yang yang ada persepsi buruk terhadap anak-anak muda yang bercinta sebelum berkahwin ni. 

Dulu aku pon dok heran, mak lang aku yakni adik mak aku, sebok dok tanya aku ni da ada pakwe belom? Asal aku cuti sem je, balik kampung, mule la dorg dok ngendeng2 tanya mak aku. Tyme tu aku diploma lagi kot. I muda taw tyme tu, i tak reti la ada pakwe2 ni. hehehe. Sebab apa tak reti? Sebab sejak sekolah lagi, aku mana penah kapel2 ni. Aku memang saja tak bukak hati aku kat sapa2. Peh. Ayat. haha. Tapi betol la, aku sendiri yang berkata2 di dalam hatiku, aku cakap pas SPM baru boleh ada pakwe. haha. Bajet nak tumpu stadi. hoho. Sebab bagi aku, susah la nak maintain kalau ko kapel dari sekolah. Kang masuk u jauh2, dia jumpa orang lain, ish2.. Ntah, sejak dulu aku memang tak setuju la kapel tyme sekolah. Cinta monyet je tu. Boleh je kekal sampai kawen, tapi tak ramai la yang bernasib baik cmtu. Tapi Tomok ngn Ayu maintain taw, da sorg anak,bagus2. Ni boleh wt contoh. Setia dari sekolah. Dipendekkan cerita, memang sampai aku part 5 diploma baru la aku mengenal erti cinta. Tahun 2010. cehh..ni bukan cerita novel k. hihi. Saja je nak bgtaw yang aku ni baru je kapel. Ok, abaikan.

Apa yang aku cuba sampaikan ni?? Tengok ni.


Aku tanya pakcik google pasal kapel ni, jadi ini first artikel yang pakcik google suh aku baca. CINTA SEBELUM KAHWIN ITU ADA. HALAL. ditulis oleh Saudara Hilal Asyraf Monumen. Artikel ni ada bgtahu, masyarakat Melayu lebih2 lagi yang dikategorikan berilmu, atau dalam bahasa senang, alim, mereka masih memandang negatif terhadap isu cinta sebelum kahwin. Bagi dorg jijik, kotor dan merosakkan. Aku tertarik dengan definisi cinta oleh penulis artikel ni, beliau memahami cinta sebagai 'untuk bersama ke syurgaNya. Apa2 sahaja yang membawa ke neraka Allah SWT,itu bukan cinta'. Di sini, penulis menegaskan bahawasanya definisi cinta tu sendiri telah disalah tafsirkan. Yang mana telah membuka jalan ke arah maksiat yang ditegah pada mulanya. Contoh seperti berikut:


Tapi jangan suka sangat, jangan ingat boleh suka2 je nak mintak kawen kat mak pak kita tu. Kena fikir jugak yang kita ni dah betol2 ready ke nak kahwin? Dah cukup ke duit untuk tampung kehidupan selepas berumah tangga tu? Pandai tak nanti nak melayan suami? Perut suami kena jaga..hekhek. Oleh itu, persiapkan diri dulu ye. hihihihi.. 

Lepas aku baca artikel ni, memang banyak sangat yang tak berpuas hati ngn penulis ni. Katanya beliau bukan ulama' dan penulisan ni adalah bersifat peribadi semata2, tidak dirujuk kepada ulama-ulama Islam. Penulisan seperti ini katanya boleh menambahkan lagi kekeliruan. Jadi, penulis ni pon mencadangkan semua baca artikel Dr.MAZA (Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin). APAKAH TERLARANG BERCINTA SEBELUM KAHWIN? Beliau kata penulisan beliau ni lebih kurang je macam penulisan Dr. Maza ni. Sebahagian artikel Dr. Maza:


Persoalannya, apa yang dilarang? Cinta antara laki dan perempuan itu sendiri tak dilarang. Dulu aku pikir gak apsal mak lang aku macam beriye sangat suh aku ada pakwe. Aku pikir mungkin nanti senang, boleh kenal hati budi, perangai dulu. Kalau tyme keje baru nak carik, lagi payah. Silap2 andartu terus kalu tak jumpa. Mak lang aku ni bertudung labuh, jadi dulu aku pelik la. Die ok je, sporting. Maknenya dia paham kan. Jadi bila baca dua2 artikel ni sendiri, baru korang akan paham dengan jelas. Bercinta sebelum kahwin itu tidak haram. Kalau aku explain dalam blog aku ni, mau tak abes nak kena skroll sampai ke bawah. So, Baca jangan tak baca! Erm, mak aku pon dulu2 tak la melarang, dan tak la memaksa. Ikut konsep go with the flow. heheh. Aku pon da set dalam minda sejak dulu, berkawan biar seribu, bercinta biar satu. Now, kedua2 belah pihak pon da kenal kami, Mak abah kami jela yang tak jumpa antara satu sama lain. Jauh kot. Utara ke Selatan tuuu. hehe. Tu kena tunggu semua settle dulu la,biar semua stabil dulu. huhu. Dan aku sentiasa berdoa dan tak putus harap agar hubungan ini berkekalan sampai Syurga. InsyaAllah. Aminn =) Doakan ye. 



~End Of My Sweet Story~

No comments:

Copyright© All Rights Reserved nurulsuryana.blogspot.com