I'm gonna get my licence! oh yeaayhh..

Alhamdulillah..aku da lulus ujian memandu..huhu..cuak beb! Mana tak cuak, aku amek berdua ngan member baik aku ni..echa nama dia..Nurul Aishah Binti Rahman.. Jangan ingat dia ni adik aku plak. Nama bapak dah lebih kurang sama okay! Cuma pakcik Rahman takde Abdul..hehe..

Ok,back to the topic. Apesal aku kate cuak? K, bayangkan erk.. Aku da dapat lesen L sejak 03/04/2012.. Dalam hati aku, “awal lagi, baru bulan 4, mesti sempat punya, banyak lagi masa.” Sekali kaw, sebulan berlalu ibarat angin yang menghembus ke pipi. Memang tak terasa. Tyme ni da rasa hampes. Rasa macam, “eh, sempat ke nak amek test sem ni? Duit dah la da baya full.” Semangat ok weolls, tak start belaja bawak keta lagi dah bayar full, mase bulan 4 tula. Huhu. Aku dihantui rasa gelisah. Jiwaku tak tenang. Lalu dengan pantas aku contact abg lesen tu. Tak pasal2 dapat nama abg lesen. Kihkih. Abg mie kitorg panggil dia.

Echa aka rumet selama 2 tahun setengah masa dip dulu.
Banyak kenangan kitorang. Always together =')

Cabaran dia pulak, bila da masuk bulan 5, maksudnya hari2 weekend anda akan agak sebok dengan projek2 dan nak stadi untuk test2. Jadi kitorang memang kena plan baik punye la pasal jadual. Nak nak plak kitorang memang segrup dalam apa2 projek pon, senang la ckit nak susun jadual.

So, Kitorang belaja la dengan penuh rasa semangat dan berhemah. Kena berhemah ok kalau nak bawak keta. Hihi. Pembelajaran keta tu berjalan dengan agak lancar untuk 6 jam je. 6 jam = 3 hari belaja. Bila nak masuk hari yang keempat (minimum 8 jam kan), kitorang da mati kutu da nak buat bila. Final exam pulak menjelma. Fuh, bila nak stadi, bila nak buat projek, bila nak belaja keta, bila nk QTI???? Aaarrrgghhh.. da tensyen2, lalu aku ngn echa decide lepas exam kitorang settlekan sume ni. Last paper 14/07/2013.

Macam2 dugaan jugak dah jadi sem ni, krisis itu, krisis ini. Sume serba serbi tak kena. Sedih jugak, sebab bende yang dah jadi tu berlaku masa aku ni tengah final year. Huhu. Sem depan nak praktikal dah,sem ni jela last nak jumpa kawan2. Takpolah, tak perlu cita kot. Nasi dah jadi bubur. Kesimpulan dari apa yang dah jadi adalah ‘ TERLAJAK PERAHU BOLEH DIUNDUR, TERLAJAK KATA BADAN BINASA’.

Haaa, kan aku da melalut.  Dipendekkan cerita, aku belaja keta minggu sebelum aku balik kampung. Then, minggu depan tu kena datang shah alam balik untuk amek test JPJ pulak. Huhu. Terpaksa la, ni je caranya. Sebab tu aku ngn echa sungguh2 tak mau fail. Susah la kalau fail, dah kat kampung, nak datang s.alam balik pon pakai duit. Nak repeat tu pon pakai duit. Oh no! Tidak2..aku tak rela..

Masa aku nak belaja bawak keta untuk jam yang ke-7 n ke-8 tu, perrrrrggghhh!!! Aku rasa macam baru first tyme nak bawak keta. Cikgu yang ngaja aku sume kate, “tu la tinggal lagi lame2”. Aku rasa down gak la. Takkan teruk cmni, lepas ke nak amek test? Macam2 aku pikir. Tang test QTI pulak lagi macam hampes. Selama ni aku belaja clutch pendek, tibe2 tyme QTI dapat clutch panjang. Tak sampai woi kaki aku. Aku ni bukan tinggi macam aisywarya rai tu. Adoiyaiii. Memang teruk gyler, enjin mati tengah jalan, masuk gear sangkut. Sume salah clutch! Haahahaha. Benda tak hidup tu yang aku persalahkan. Memang rasa nak nanges kot. Last2 pakcik tu bagi aku lulus pulak. Tapi aku tak puas hati, echa pon sama. So, we decided nak tambah masa belaja. Huhu. Cuak dow, daripada kena bayar rm120 sebab fail, baik aku bayar rm50 untuk tambah masa. Nak tambah konfident je, sebab da lama tinggal.

Seminggu berlalu, dup dap dup dap je aku nak amek test tu. Huhu. Yang aku ngn echa agak tak puas hati, kenapa tyme kitorang belaja 8 jam tu, dorang tak tunjuk jalan untuk test jpj. Kenapa bila kitorang tambah masa baru nak tunjuk. So kalau kitorang tak tambah masa, sampai bila2 la kitorang tak tahu jalan untuk tets jpj tu. Rasa macam ada unsur2 hidden charge plak. Dah macam tambah masa belajar tu adalah satu kemestian pulak. Huhu.=( Tambahan masa belaja ni kitorang amek sehari b4 amek test.

Hari yang dinanti2 telah tiba. Kitorang plan, lepas test jpj ni terus nak balik kampung. Semangat kitorang angkut beg baju p sekolah mandu tu. Haha. Aku sesi 1, echa sesi 2. Aku rasa entri ni akan jadi entri terpanjang dalam blog ni. Wakaka. Sapa rajin teruskan keyh! =p

Sesi pagi start 8.30, aku sampai pukul 9. Aku tunggu dalam sejam setengah jugak la. Bila naik je keta, nak gerak ni, tekan minyak lepas clutch, enjin mati! Peh, terkumat kamit mulut aku. Adakah ini petanda tak baik?? Takpe suryana, rileks, sekali lagi.. enjin mati lagi! Pehh, malu siot, dah la ramai yang tengah tunggu turn tu, tebal muka aku! Apahal keta ni??!! Masa tu memang dapat clutch panjang.. kali ketiga  try, mati lagi!!!!!!!! Waaaa..apekah?? Sekali aku dengar pakcik yang jaga jalan tu jerit, “tak lepas handbrek tu!”. Ades. -_-

Aku pon dengan penuh rasa teruja untuk menutup malu, terus p bahagian bukit. Tak pandang kiri kanan. First tyme try tayar da lebih garisan kuning. Pakcik JPJ tanya aku, “Dekat awak ada lesen tak?” “ade, dalam beg duit”. Dia suh aku turun. Aku pon pegi kat dia. Last2 dia cakap yang aku ni tak daftar lagi. O.o Punya lah lama aku tunggu dari tadi, aku tak daftar lagi rupenya. Sabo2. Takdak sapa pulak suh aku p daftar tadi. Huhu. Bila aku nak p kat keta tadi, tengok dah ade budak yang jaga jalan aka staff driving skool ni dah masuk keta aku bawak tadi.

Aku : “Tadi ada hp dalam ni.”
Dia : “Eh, takde pon.”
Aku : “Ada, saya memang letak dalam keta ni. Seriously!”.
Dia : “haaa, ada ni, jatuh..( sambil tolak seat, amek hp dan hulur ).
Aku : “Awak jangan main2 ngan saya ye!!” ( buat muka bengis ).

Bulan2 posa ni sempat jugak ko nak buat keje tekutuk ni -_-

Dah selesai daftar, aku naik keta. Dengan yakinnya, aku lepas buat bukit. Syukur gyler tyme ni. Buat parking pulak, rasa macam pegawai jpj ni tak tengok sangat je. Haha. Buat tiga penjuru pon lepas. Alhamdu Lillah. =)
Start 10.21. Tamat 10.26. hehe.

Jalan raya pulak. Ni paling aku cuak. Honestly cakap, masa belaja 6 jam tu, aku dah yakin gyler da. Tapi bila da lama tak bawak, tahap keyakinan tu memang tinggal 75% je. Huhu. Keta yang dihidangkan depan kitorang pulak lagi banyak viva daripada kancil. Kat sekolah memandu aku ni sume kancil, tu yang terkejut bila viva pulak yang mari. Huuuu. Tiba turn aku pukul 12.30, aku akhirnya dapat kancil. Pegawai JPJ gegel. Huh. Masuk2 je aku bagi la salam. Bapak masam muka dia, tapi dia jawab la jugak. huhu. 5 perkara aku ingat da chek. Bile tekan minyak je, dia cakap, “ Apa lagi 5 perkara yanbg awak belum chek?!”. Aku jawab, “dah chek da. Signal, cermin (sambil mata melilau tengok apa yang aku tak chek). Rupenya tak turunkan handbrek. Huhuhuhuhuhu. Aku ni memang tak gemo pegang handbrek ke apa?

So, bermulalah perjalanan aku ngn cik jpj. Aku bawak keta ditemani lagu najwa latif pulak tu, sahabat. Menyanyi2 riang cik jpj tu (muka still masam). Dia senyap, aku senyap. Bila dah nak sampai sekolah mandu aku tu, dia cakap “ apasal la awak bawak stering ke kiri ke kanan??”. Lambat gak baru aku jawab, “saya nak elak orang tepi jalan tu”. Sekali dia hentak pen! Aku macam denga dia cakap “menjawab!”. Tyme tu aku rasa, “alamak, salah ke aku jawab tadi tu. Dia nak bagi aku fail ke???”. Bila tyme aku nak stop keta je. Dengan tak sabonya dia tekan brek. MENGEJUT! “ Yang awak nak parking jauh2 ni kenapa???”. Dalam hati aku, “eleh, dah nak stop kot, apahal akak ni?”. Huhu, sedih betol. Macam kerek je. Huhu. So, dia suh aku sign. Ak tengok nampak dia tick LULUS. Dalam hati memang syukur gyler coz no repeat! Depan akak tu je aku buat2 tenang. =D

Tunggu echa sampai pukul 3.30 petang. Echa terus balik melaka, aku pulak decide balik esok paginye sebab dah petang sangat. Tahniah echa sebab kita sama2 lulus & thanks to kak Syidah sebab bagi kitorang tumpang bilik ye. =)






~End Of My Sweet Story~

1 comment:

abba said...

Menarik blog anda,layari pada pautan untuk santunan jiwa tq

Copyright© All Rights Reserved nurulsuryana.blogspot.com